Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 5 (8 November 2020)

Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 5 (8 November 2020) - Konsert minggu kelima (5) Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan berakhirnya perjuangan penyanyi Nomad di pentas program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Menerusi persembahan malam tadi, Nomad yang menyanyikan lagu Kasih Latifah dan dipopularkan kumpulan Spider hanya mendapat markah sebanyak 41.40% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama Datuk Hattan selaku juri undangan.

Penyingkiran Nomad bakal menyaksikan baki 10 peserta yang akan berentap pada minggu seterusnya (minggu 6) pada 15 November 2020. Kami ucapkan maju jaya kepada Nomad. 

     Keputusan Gegar Vaganza 2020 minggu 6

Untuk minggu ini, markah tertinggi ialah 74.80% yang diraih oleh Cliff Umar menerusi persembahan lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian asal kumpulan Dewa 19.


Berikut ialah keputusan markah peserta Gegar Vaganza 2020 minggu 5:

1. Cliff Umar (Sedang Ingin Bercinta) – 74.80%

2. Ashira (Yang Terindah Hanyalah Sementara) – 73.60%

3. Ayu Damit (Awan Yang Terpilu) – 72.80%

4. Noraniza Idris (Nakal Nakal Nakal) – 72.60%

5. Muss (Takdir Penentu Segalanya) – 67.00%

6. Aju Success (Kau Lupa Janji) – 66.80%

7. Rozita Izlyn (Lelaki Idaman) – 64.20%

8. Linda Nanuwil (Jangan Kau Mimpi) – 62.80%

9. Oja (Ketulusan Hati) – 62.60%

10. Yantzen (Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi) – 60.00%

11.  Nomad (Kasih Latifah) – 41.40%

0 Response to "Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 5 (8 November 2020)"

Catat Ulasan