7 Telefon Pintar Bawah RM600 Tahun 2020


Telefon Pintar Bawah RM600 Tahun 2020 - Nak beli telefon pintar tapi bajet sangat ketat? Kena ingat telefon pintar yang harganya lebih mahal tidak semestinya adalah telefon yang lebih baik. Setiap telefon mempunyai ciri istimewa dan spesifikasi yang tersendiri.

Telefon pintar pada zaman serba moden ini sangat penting bagi semua orang, malah ia menjadi salah satu barang keutamaan bagi setiap individu.

Tidak kira samada dari anak kecil sehinggalah orang dewasa, pasti ada sahaja yang memegang telefon pintar ini di tangan. Ia diperlukan untuk berkomunikasi antara individu sama ada pada jarak dekat mahupun jauh dan di mana juga anda berada.

Berikut kami senaraikan telefon pintar bawah RM600 tahun 2020 yang anda boleh pertimbangkan sebelum membuat pembelian.

1. Vivo Y11 - RM499 (Shopee Malaysia)


Vivo Y11 yang dilancarkan pada tahun lepas merupakan salah satu telefon pintar bawah RM600 yang terbaik. Ia dilengkapi dengan sistem unit pemprosesan Snapdragon 439 dan tidak membuatkan telefon pintar ini mudah lagging.

Walaupun berharga hanya bawah RM600 namun telefon pintar jenis ini mampu berfungsi setaraf dengan telefon pintar yang berprestasi tinggi dengan harga jauh lebih mahal.

Apa yang membezakan antara telefon pintar terkenal di pasaran adalah spesifikasinya. Keluasan paparan skrin pada telefon pintar ini pula adalah 6.35inci dan skrin sentuh berciri IPS LCD berserta resolusi tinggi. Ini membuatkan paparan visual anda tampak lebih jelas dan terang tanpa menyakitkan mata.

Kamera depan pada telefon pintar ini adalah 8MP yang membuatkan rakaman momen anda tampak seperti realiti. Namun begitu, telefon pintar ini agak berat berbanding telefon pintar bawah RM600 yang setanding dengannya. Tidak begitu selesa untuk penggunaan sebelah tangan sahaja.

Bukan hanya sesuai untuk penggunaan biasa sahaja, malahan telefon pintar ini juga terbaik buat anda yang gemar bergaming. Ini kerana chipset yang terdapat dalam telefon pintar ini memudahkan anda untuk membuka aplikasi gaming tanpa lagging atau ambil masa yang lama untuk ‘loading’.

Kalau anda sedang mencari telefon pintar yang baru, kami cadangkan anda mencuba jenama Vivo yang terbaru ini.

2. Realme C3 - RM499 (Lazada Malaysia)


Realme C3 adalah produk daripada rangkaian jenama telefon pintar Realme. Ianya juga diperbaharui teknologi fungsi dan dipertingkatkan lagi kepenggunaannya hingga menjadikannya salah satu telefon pintar bawah RM600 yang terbaik sebaris dengan Vivo Y11.

Direka dengan bentuk ‘diamond’ di bahagian belakang telefon pintar ini, ianya menjadikan rekaannya Realme C3 bertambah menarik. Plastik coating pada bahagian ‘badan’ telefon pintar ini adalah jenis kalis air dan cap jari.

Ini tidak memudahkan kesan peninggalan cap jari dan membuatkan ianya kelihatan kotor. Bukan hanya itu sahaja, rekaan telefon pintar ini juga tahan calar. Jadi, anda tidak akan mudah nampak apa-apa kesan pun padanya.

Dilengkapi keluasan skrin 6.5inci HD+ dan resolusi tinggi, anda boleh menonton drama, movie atau siri kegemaran dengan lebih jelas dan terang. Keberatan telefon pintar ini pula sangat ringan dan anda boleh menggunakannya dengan hanya sebelah tangan sahaja. Pencahayaan yang terdapat dalamnya adalah mencukupi untuk anda menelaah telefon pintar ini sepanjang hari, tidak kira siang atau malam.

Refresh-rate display serta ‘loading’ untuk apa jua jenis aplikasi memudahkan anda untuk melakukan kerja terutamanya buat yang sedang berbisnes atau melangsaikan tugasan penting.

Bagi kaki gamers, anda juga boleh memiliki telefon pintar ini untuk bergaming kerana ianya memberi pengalaman baru dan melancarkannya semasa sesi bergaming anda.

3. Realme C11 - RM370 (Shopee Malaysia)


Realme C11 adalah peneraju telefon pintar dengan teknologi yang diperbaharui daripada produknya, C3. Realme juga merupakan salah satu produk telefon pintar keluaran dari China yang mula diperkenalkan untuk menerajui pasaran telefon pintar di Malaysia.

Telefon pintar dari jenama ini juga mengeluarkan rangkaian siri-C dengan harga yang masih mampu dimiliki walaupun bukan dalam kategori telefon pintar bawah RM600.

Rekaan telefon pintar ini yang menggunakan plastik, tidak mudah calar dan tahan lasak. Ini memudahkan anda untuk memegang telefon pintar ini dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. 

Badan telefon pintar ini juga tidak akan kotor dengan kesan cap jari dan ditambah pula dengan logo secara melintang di bahagian belakang, menambahkan lagi gaya elegan telefon bimbit pintar ini.

Dilengkapi pula dengan keluasan skrin 6.5 inci IPS LCD, menjadikan telefon pintar ini antara pilihan utama para pengguna. Anda juga boleh menggunakan untuk tujuan perniagaan atau peribadi kerana fungsinya tidak banyak beza dengan telefon pintar berjenama mahal.

Walaupun begitu, telefon pintar dari Realme ini mampu melakukan perkara-perkara asas seperti menjawab panggilan, membalas mesej atau Whatsapp.

Ruang penyimpanan memori yang terdapat pada telefon pintar ini adalah sebesar 32GB sahaja. Jadi, anda harus menyimpan data-data lama di tempat lain sebelum anda memuat turun data yang baru.

4. Oppo A5s - RM499 (Shopee Malaysia)


Jika sebut sahaja jenama Oppo, pasti anda sudah tahu bahawa telefon pintar keluaran dari China bertujuan untuk mendapatkan tempat di pasaran Malaysia. Kini, ianya juga menjadi pilihan pengguna yang inginkan sesuatu kelainan daripada jenama terkenal seperti iPhone atau Samsung.

Tidak kurang dengan telefon pintar dari China yang lain, Oppo antara peneraju utama di dalam industri telefon pintar yang semakin pesat kerana sering mengeluarkan telefon pintar bawah RM600.

Antara rangkaian produk dari jenama Oppo ini adalah A5s yang diperbaharui dari segi kualiti skrin, lengkap dengan dual-kamera dan ketahanan bateri yang menakjubkan.

Rekaan telefon pintar A5s ini diperbuat daripada plastik jenis glossy dan sangat mudah untuk dipegang dengan hanya satu tangan sahaja. Rekaan yang ergonomik juga membuatkan anda selesa untuk menggunakannya sepanjang hari. 

Keluasan skrin yang terdapat pada telefon pintar ini pula adalah 6.2 inci yang membolehkan anda untuk menonton drama, movie atau siri kegemaran anda samada dari Netflix atau Youtube tanpa menyakitkan mata.

Manakala untuk anda yang gemar berselfie pula, jenama Oppo ini tidak ketinggalan dalam kualiti kamera yang setanding dengan jenama-jenama mahal lain.

Mungkin tidak sebagus Huawei tetapi ianya tetap berada di dalam kelas yang tersendiri. Tidak membuatkan rakaman momen kelihatan kabur, visual gambar anda akan tampil jelas dan terang sehingga tampak seperti realiti.

5. Oppo A12e - RM479 (Shopee Malaysia)


Oppo A12e adalah antara produk terbaru yang dipasarkan di Malaysia daripada rangkaian jenama Oppo. Ianya antara jenama yang terulung daripada China dengan menghasilkan produk berkualiti pada setiap pengeluarannya. Walaupun masih berada di dalam lingkungan bajet, Oppo tetap berada di dalam kelas yang tersendiri.

Diperbuat daripada plastik, telefon pintar ini tahan lasak dan tidak mudah calar. Ianya juga tidak akan meninggalkan kesan cap jari pada badan telefon pintar ini. Skrin telefon pintar ini pula diperbuat daripada kaca tidak mudah pecah.

Dilengkapi dengan dual-sim slot, anda boleh menggunakan dua nombor telefon berbeza dalam satu peranti yang sama. Anda boleh asingkan antara privasi dan kerja tanpa mengelirukan.

Chipset pada telefon pintar ini pula adalah Snapdragon 450 yang tidak akan membuatkan telefon anda mudah lagging akibat penggunaan aplikasi yang banyak dalam satu masa yang sama.

Seperti yang anda ketahui, Oppo adalah antara peneraju utama telefon pintar yang berada di pasaran memiliki kamera berkualiti seperti DSLR.

Jika anda seorang kaki selfie, ini adalah antara telefon pintar yang patut dipertimbangkan pembeliannya. Bukan sahaja harganya berada di dalam lingkungan bajet tetapi spesifikasi telefon pintar ini juga setanding dengan telefon pintar yang lain.


6. Honor 9A - RM549 (Shopee Malaysia)


Salah satu jenama keluaran dari China iaitu Honor juga mulai mendapat tempat di kalangan pengguna bijak yang menginginkan telefon pintar dengan rekaan sleek dan trendy. Dilengkapi juga dengan sensor cap jari yang dapat menjamin keselamatan terutamanya daripada privasi anda dicerobohi.

Chipset yang terdapat dalam telefon pintar ini adalah MediaTek Helio P22 yang prestasinya sesuai dengan telefon pintar dengan harga dalam lingkungan bajet ini. Anda dapat melakukan tugasan atau menjalani sesi bergaming dengan lancar tanpa menyebabkan masalah lagging pada telefon pintar ini.

Dikategori antara telefon pintar bawah RM600 yang berprestasi tinggi, Honor 9A dapat merakam momen indah anda dengan jelas dan terang. Elakkan daripada mengambil di dalam tempat yang gelap kerana proses pencahayaan telefon pintar ini agak kurang berbanding dengan telefon pintar yang setaraf dengannya. Tetapi masih boleh mengambil gambar tanpa perlu menggunakan ‘beauty filter’.

Ruang penyimpanan data pada telefon pintar ini pula sebesar 64GB yang membolehkan anda menyimpan data atau ‘save’ aplikasi semasa sesi gaming anda.

Walaupun hanya mempunyai memori bersaiz 3GB, ianya masih mesra pengguna untuk anda yang inginkan telefon canggih tetapi dibawah bajet.

Yang membuatkan telefon pintar ini lebih menarik adalah sistem fast-charging yang boleh mengecas penuh dalam masa 1 jam sahaja.


7. Vivo Y15 - RM559 (Shopee Malaysia)


Walaupun tidak berada di dalam lingkungan bawah RM500, produk dari rangkaian jenama Vivo ini masih dalam kategori telefon pintar bawah RM600. Dengan rekaan yang ‘fleshy’, pasti dapat menarik pengguna untuk memilikinya.

Rekaan badan telefon pintar ini diperbuat daripada plastik jenis ‘glossy’ dan ergonomik untuk dipegang tanpa mudah terjatuh. Walaupun ketebalan telefon pintar ini adalah 8.9mm, ianya tetap ringan dan boleh disimpan di dalam poket sahaja.

Dilengkapi juga dengan paparan skrin seluas 6.35 inci IPS LCD dan resolusi tinggi. Mudah untuk anda menonton drama bersiri atau movie lebih jelas dan terang tanpa menyakitkan mata. Manakala sensor cap jari yang terdapat padanya menjaminkan keselamatan data privasi anda daripada diceroboh.

Telefon pintar ini sesuai untuk kegunaan anda yang gemar bergaming. Terdapat sistem FunTouch 9 padanya membolehkan anda untuk ‘save’ game yang sedang berlangsung tanpa perlu menutup aplikasi terlebih dahulu. Anda juga boleh menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa yang sama.

Ruang memori telefon pintar ini yang bersaiz 4GB boleh menyimpan segala data-data penting. Manakala ruang penyimpanan data adalah sebesar 64GB yang mampu memuatkan video atau gambar momen indah anda tanpa perlu memindahkannya ke mana-mana ruangan yang lain.

Rujukan: Productnation

0 Response to "7 Telefon Pintar Bawah RM600 Tahun 2020"

Catat Ulasan