Bahaya Bagi Lelaki Yang Memakai Seluar Dalam Ketika Tidur

Bahaya Bagi Lelaki Yang Memakai Seluar Dalam Ketika Tidur - Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul adalah tidak benar sama sekali.

"Seelok-eloknya lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.

Lelaki boleh memakai jenis seluar dalam yang bagus semasa tidur, asalkan ia longgar sepert seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita harus mengenakan pakaian longgar dan tidak terlalu ketat semasa tidur.

"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vaigan seseorang wanita terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.

Selain, longgar, cara pakai seluar dalam yang betul bagi lelaki mahupun wanita perlu diamalkan secara konsisten setiap kali tidur pada waktu malam.

Satu lagi, memakai pakaian yang mampu menyerap peluh juga turut bermanfaat dan berguna. "Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia sebenarnya berpeluh.

Jesteru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan ini sebenarnya tidak menyerap penuh," tegas beliau.

0 Response to "Bahaya Bagi Lelaki Yang Memakai Seluar Dalam Ketika Tidur"

Catat Ulasan