Biodata Kasih Iris Leona Anak Perempuan Azhar Sulaiman Yang Sering Tampil Menggoda

Biodata Kasih Iris Leona anak perempuan Azhar Sulaiman - Siapa Kasih Iris Leona sebenarnya? Gadis anak terkenal ini semakin popular kerana aktif dalam aplikasi TikTok dan dianggap sebagai salah seorang personaliti media sosial Malaysia.

Kasih Iris Leona atau nama popularnya Iris Leona merupakan anak perempuan kepada pelakon dan arkitek terkenal, Azhar Sulaiman.

Personaliti ini sering menjadi bahan kritikan orang ramai di laman sosial disebabkan penampilannya dalam video TikTok yang sungguh seksi dan mengghairahkan.

Ayahnya, pelakon Azhar Sulaiman akui telah membesarkan keluarganya dengan cara moden sehingga aksi dan penampilan Kasih Iris Leona, 18, menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Pun begitu, sebagai ketua keluarga Azhar berkata dia masih cuba berusaha untuk memperbetulkan apa yang patut dalam bimbingan dan didikannya.

“Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ‘urban’ sejak dari awal lagi.

“Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam.

“Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam.

“Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar,”
katanya kepada Gempak.


Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.

Terbaharu, Leona dikecam gara-gara merakam dirinya dari aplikasi TikTok ketika berada di dalam kelas dalam sebuah institusi pengajiannya.

Mengulas mengenai pelbagai kecaman yang telah diterima anaknya itu sebelum ini, Azhar akui anaknya belum matang.

“Saya rasa dia masih muda dan kadang-kadang belum matang untuk mengawal situasi yang dihadapinya.

“Sepatutnya dia tidak perlu menjawab atau balas kembali teguran dari netizen itu,”
katanya lagi.

Selain itu, Kasih Iris Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.

Untuk pengetahuna, pelakon Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan sepasang kembar Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta Kasih Leia Ixora yang berusia 21 tahun.

Berikut ialah biodata Kasih Iris Leona dan latar belakang:
  • Nama penuh: Kasih Iris Leona binti Azhar
  • Menggunakan nama komersial, Iris Leona
  • Berumur 18 tahun (2020)
  • Berasal dari Kuala Lumpur
  • Lahir pada 13 Mac 2002
  • Anak kepada pasangan Azhar Sulaiman (bapa) dan Chempaka Emalin Pahamin (ibu)
  • Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur
  • Menempa populariti menerusi aplikasi video TikTok
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @kasihirisleona sehingga kini telah mencatatkan lebih 245,000 pengikut.

0 Response to "Biodata Kasih Iris Leona Anak Perempuan Azhar Sulaiman Yang Sering Tampil Menggoda"

Catat Ulasan