Gadis Jelita Ini Dedah Pengakhiran Hidup Diego Maradona Yang Amat Memilukan


Nampaknya seluruh dunia sedang bersedih dengan pemergian pemain bola sepak legenda Argentina, Diego Maradona yang meninggal dunia secara mengejut pada 25 November 2020 akibat serangan jantung.

Pemain yang pernah menjulang kelab Napoli menjuarai Series A sebanyak dua kali pada era 80-an menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 60 tahun dan meninggalkan keluarga tercinta, termasuk salah seorang anak perempuannya, Giannina Maradona.

Setahun sebelum pemergian mendiang, Giannina pernah membuka suara tentang kesihatan bapanya.

Mengikut laporan akhbar-akhbar utama luar negara, Maradona berjuang melawan ketagihan dadah sebaik sahaja bersara dari dunia bola sepak sebagai pemain.

Pada bulan November 2019, anak perempuannya itu mendedahkan bagaimana gaya hidup Maradona yang terus memberi kesan pada kesihatannya.

Dia menulis di Instagram:

“Dia tidak akan mati kerana tubuhnya telah memutuskan demikian, dia akan terbunvh dari dalaman dan dia tidak menyedarinya.


Giannina kemudian menggambarkan ketagihan kokain oleh bapanya ibarat seperti seekor singa di zoo. Setelah mengalami ketagihan yang terlampau, ayahnya sukar disembuhkan dari pengaruh dadah.

Dia mengatakan bahawa bapanya tidak diperlakukan seperti manusia.

“Adakah pernah pergi ke zoo di mana anda dapat mengambil gambar dengan singa besar? Anda boleh masuk ke dalam sangkar dan malah boleh ‘memelvknya … ini kerana Mereka memberinya pil, jika tidak mustahil untuk menjinakkan binatang itu,”- kata Giannina.

Sukar untuk difahami, tetapi itulah yang digambarkan oleh Giannina tentang keadaan bapanya yang begitu bergantung kepada dadah untuk hidup.

Beberapa minit sebelum bapanya meninggal dunia, dua anak perempuan pemain bola sepak itu memuatnaik gambar mural Maradona di pinggir jalan.


Pada masa itu, Giannina dilihat berjalan di kota dan menjumpai sebuah mural Diego pada dinding di sebuah restoran pizza di Buenos Aires, Argentina.

Diego Maradona dianggap sebagai salah satu pemain bola terbaik dalam sejarah, dia memenangi Piala Dunia 1986 bersama Argentina dengan menjaringkan 312 gol kelab dalam hampir 600 perlawanan.

Selamat tinggal legenda!

0 Response to "Gadis Jelita Ini Dedah Pengakhiran Hidup Diego Maradona Yang Amat Memilukan"

Catat Ulasan