Inilah Punca Sebenar Kenapa Gerak Khas Terpaksa Ditayangkan Di TV3


Bagi anda yang terlepas pandang, drama bersiri Gerak Khas yang begitu popular kira-kira 20 tahun lalu akan kembali bersiaran minggu depan bermula 4 Disember 2020.

Dengan tajuk The Finale, kembalinya drama ini ke kancah hiburan negara bakal memberikan kegembiraan bagi anda yang sudah meminatinya sejak kali pertama bersiaran pada tahun 1999.

Umum mengetahui drama bersiri Gerak Khas adalah berkisahkan tentang kehebatan pihak polis menyelesaikan pelbagai jenayah yang berlaku di Malaysia seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya.

Setelah hampir 20 tahun bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari tahun 1999 hingga 2019, drama kegemaran ramai itu buat pertama kalinya tidak akan ditayangkan di saluran RTM.

Difahamkan Gerak Khas The Finale akan bertukar saluran kepada TV3 sekaligus membuatkan ramai netizen semakin teruja dan tidak sabar untuk menontonnya.


Untuk rekod, siri Gerak Khas telah mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009.

Nampaknya rekod itu bakal dipecahkan sekali lagi, tak gitu?

Jom tonton tralier penuh Gerak Khas The Finale di bawah.


0 Response to "Inilah Punca Sebenar Kenapa Gerak Khas Terpaksa Ditayangkan Di TV3"

Catat Ulasan