Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang pemancing jika berjaya menangkap seekor ikan besar namun lain pula kesnya dengan salah seorang pemancing yang dikenali sebagai John Goldfinch, 61. Beliau telah terpancing seorang penyelam lelaki di dalam laut.
Perkara ini agak melucukan kerana rasa hampa yang mungkin dialami oleh pemancing berkenaan dan juga rasa malu bagi penyelam tersebut. Difahamkan mata kail pancing itu telah tersangkut di ketiak penyelam sehingga penyelam berkenaan mengadu rasa sakit.
Menurut John Goldfinch, 61, beliau masih belum dapat mempercayai apa yang berlaku sehingga kini. Katanya "ketika saya mengangkat pancing, saya amat terkejut apabila seorang penyelam tiba-tiba muncul di permukaan laut yang jaraknya sekitar 15 m dari pantai Budleigh Salterton, Devon."
Sebelum beliau menyedari apa yang berlaku, salah seorang penyelam lain yang dipercayai kekasih kepada penyelam itu telah bergegas untuk membuka mata kail yang tersangkut di ketiaknya. Wanita itu kemudiannya mengembalikan mata kail itu kepada John.
Kedua-dua penyelam itu pergi menyelam kembali tanpa pelampung keselamatan yang boleh berfungsi sebagai isyarat kepada pemancing akan kewujudan penyelam di situ.
Menurut John lagi, penyelam berkenaan amat bernasib baik kerana mata kailnya tidak tersangkut pada bahagian sensitif lain seperti mata, telinga dan sebagainya. Lagipun tali pancing yang dipakainya tidak sebesar mana dan boleh putus jika berat tangkapan yang keterlaluan.
Sumber dalam bahasa indonesia : idbite.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Salam;
BalasPadamkalau aku aku bawak pulang hasil tangkapan tersebut..sbb sudah jadi hak aku...siapa suruh tak letak tanda amaran kat laut nun.
uit..sakit tu..hehehe..
BalasPadamhahaa,, lawak oo.. nasib bkn bnda lain yg kena..^^
BalasPadamboleh pulak jadi cam ni....ingat ikan ape
BalasPadam