Perokok Tegar Bakal Menangi Percutian

Hari ni lambat sikit nak buat entri sbb sibuk sgt hingga tak sedar diri .... sedar2 dah jam 12 pm lebih dah ... aku pecut terus buka blog !!! dari pagi tadi aku x post satu entri pon ... huhuhuhuhu

Aku nak share sikit pasal artikel yang aku baru baca td ... best sgt, tp x tau la klu korang baca. Entri ni cerita pasal perokok tegar yang boleh memenagi percutian di hospital jika tak ambil tindakan untuk berhenti ... Jom baca kat bawah nie ye ...........................


         Adakah anda seorang perokok tegar? Jika ya! Tahniah, anda bakal memenangi percutian berhari-hari di hospital berhampiran anda. Pihak hospital akan menyediakan kemudahan wad kelas pertama kepada anda, dan jika anda bertuah, anda akan dilayan seperti raja di unit rawatan rapi hospital tersebut. Kerana rokok anda juga layak memenangi penyakit kanser paru-paru, mati pucuk, sakit jantung, strok, mandul, penyakit gangren dan banyak lagi penyakit yang menarik menanti anda. Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini sekarang juga dengan memperbanyakkan membeli dan menghisap rokok sehingga anda memenangi penyakit-penyakit yang pelik dan menarik.
 
        Fakta sebenar tentang rokok adalah rokok mengandungi beribu-ribu racun yang membahayakan kesihatan anda seperti karbon monoksida, polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Hakikat sebenarnya, seorang perokok tahu akan akibat merokok, tetapi ketagihan terhadap rokok amatlah sukar dibuang dari diri seseorang perokok tegar, maka amaran-amaran tersebut seperti masuk telinga kanan keluar ditelinga kiri .


       Sejarah kehidupan sebagai seorang perokok tegar bermula dengan sifat ingin tahu, macam mana rasanya rokok? Mungkin aku nampak macho kalau merokok? Kelelakianku terserlah dengan rokok? Semua persoalan tadi bermain di minda seseorang yang mempunyai sifat ingin tahu terhadap rokok. Bermula dengan sebatang rokok, keesokkan harinya dua batang rokok dan seterusnya, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberikan kesan ia akan menyebabkan ketagihan.

       Purata umur seseorang mula menghisap rokok, antara umur 16- 25 tahun, mereka terjerat dengan ketagihan merokok akibat pengaruh rakan sebaya dan iklan-iklan yang memaparkan imej seorang perokok yang  melambangkan merokok adalah simbol kelelakian, kacak, macho dan bergaya. Ada sesetengah perokok mengatakan menghisap rokok dapat menghilangkan stress. Memang diakui merokok boleh mengurangkan stres, tetapi ada harga yang besar perlu dibayar bagi menghilangkan stres tersebut iaitu nyawa dan kesihatan anda perlu dipertaruhkan.

      Bagi sembuh dari gejala merokok sebenarnya mudah jika kita mempunyai keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok. Ada banyak cara yang boleh digunapakai diantaranya adalah:

1). Berhenti terus dari merokok

  • Tidak berapa digalakkan, kerana susah untuk menghilangkan ketagihan merokok dan berhenti terus dari merokok akan membawa impak kepada kehidupan harian anda seperti mudah hilang fokus dan cepat marah dan mudah stres.
2). Berhenti beransur-ansur
  • Digalakkan, kerana berhenti beransur-ansur akan melatih diri anda agar mengurangkan kebergantungan badan terhadap nikotin.
3). Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin
  • Digalakkan, kerana mengunakan nikotin gantian akan menghilangkan rasa ingin merokok, seperti yang kita tahu merokok akan mengeluarkan asap yang berbahaya kepada diri sendiri dan orang disekeliling anda. Kelebihan nikotin gantian ialah, ia tidak memberikan kesan sampingan kepada kesihatan anda dan orang disekeliling anda daripada menghisap asap rokok untuk mendapatkan nikotin.
4). Kunjungi klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dan nasihat dari
pegawai perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok

Kesimpulannya, merokok membahayakan kesihatan anda, mulai saat ini ambillah langkah-langkah yang anda rasa terbaik untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap rokok,  ingatlah orang yang anda sayangi. Kesihatan anda adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya, hargailah kesihatan anda.

Sumber asal

1 Response to "Perokok Tegar Bakal Menangi Percutian"

  1. Haramkan saja rokok senang cerita..buat mcm manapun org tetap merokok..sedangkan dadah bahaya dan buat hukaman matipun org tak takut,ini kan rokok..

    BalasPadam