Salam kepada para pembaca ...
Untuk entri pertama ckk hari ini adalah berkisar tentang seorang remaja yang meminum minyak benzin untuk mendapatkan tenaga ... korang boleh baca artikel di bawah ini , ckk dah kemaskini artikel dari borakkosong yang ditulis dalam bahasa indonesia ...
selamat membaca .......
CHINA - Seorang remaja China berusia 14 tahun dan berasal dari kota Yibin dipercayai meminum minyak sejak 5 tahun lalu untuk mendapatkan tenaga supaya boleh menjadi gagah berani seperti robot transformers, Optimus Prime. Perbuatan berbahaya sedemikian adalah disebabkan remaja tersebut telah terpengaruh dengan filem animasi transformers yang ditontonnya, menurut berita yang dipetik dari Harian Shanghai Daily.
Anak lelaki tersebut mula meminum minyak sejak tahun 2004 iaitu ketika ibunya baru sahaja membuka warung perniagaan."Walaupun dia sudah meminum minyak sejak 5 tahun lalu, namun kami hanya mengetahuinya ketika kami mengujinya samada dia menyukai bau bahan bakar ringan atau tidak" kata ayah remaja berkenaan.
"Sebelum ini, kami seringkali hairan bagaimana minyak di dalam tangki kereta kami habis dalam sekelip mata. Tetapi selepas kami mendapati anak kami mabuk kerena meminum setengah botol benzin yang dicurinya dari tangki kereta, kami mempercayai bahawa anak kami suka meminum minyak".
Selain kesan minyak berkenaan yang boleh memabukkan, ia juga akan menyebabkan penurunan keupayaan otak berfungsi disebabkan sikap meniru gaya transformers yang keterlaluan.
"Sejak anak saya mula meminum benzin, keupayaan otaknya telah menurun. Ketika ini, dia sudah kehilangan keupayaan untuk mengira yang melibatkan penambahan dan pengurangan. Sebelum ini, anak saya seorang yang bijak dan pandai bahkan boleh memperbaiki television yang rosak tetapi sekarang dia sudah tidak mampu untuk mengira operasi mudah 7 tambah 17,"kata ayahnya.
Selepas mengetahui perkara demikian, ibubapa remaja berkenaan telah membawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut. Hasil rawatan mendapati remaja berkenaan mengalami masalah mental yang serius iaitu ketagihan meminum minyak benzin.

Salam;
BalasPadamkad tpt aku lama dah budah isap dan minum benzin ni malah minum spirit pun ada apatah lagi hidu gam..sebenarnya barang tu semua sebagai pengganti dadah..