Genggam ijazah (CPA 3.92) pada umur 64 tahun
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Usia bukan penghalang bagi Datuk Ruhanie Ahmad, 64, untuk menggapai impiannya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Beliau menyifatkan ketekunan dan fokus kepada kajian yang dijalankan sebagai rahsia kejayaan menamatkan pengajian dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dan menerima anugerah itu daripada Pro Canselor UKM, Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ruhanie berkata, kejayaan itu milik ahli keluarganya yang mendorong beliau melanjutkan pelajaran.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada anggota keluarga yang memberi semangat untuk terus melanjutkan pelajaran. Selain itu, saya juga bercadang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Phd)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Majlis Konvokesyen Ke-39 UKM di sini, hari ini.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor melanjutkan pengajian di UKM secara sepenuh masa mulai September 2009.
Katanya, kajian yang bertajuk Dasar Luar Malaysia terhadap Amerika Syarikat (AS) 1957-2010: Perspektif Neoklasikal Realisme mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
"Kajian ini disediakan berdasarkan maklumat sekunder menerusi buku-buku dan artikel jurnal serta maklumat yang diperoleh menerusi wawancara secara e-mel dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan wawancara secara bersemuka dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Ini kerana dasar luar di era Mahathir dan Najib merupakan dua era penting dalam dasar luar Malaysia-AS," katanya.
Beliau berkata, kajian yang dijalankan ini bertindak menganalisis dasar luar Malaysia terhadap AS dari tahun 1957 sehingga 2010 bagi mengenalpasti faktor-faktor sistemik dan domestik yang menentukan perilaku dan mempengaruhi pembentukan Malaysia sepanjang tempoh 53 tahun yang lalu.
"Saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Mahathir kerana data-data daripada mereka memberikan perspektif baharu kepada dasar luar Malaysia-AS.
"Di samping itu, saya juga terhutang budi kepada anggota akademik di Fakulti Sains Sosial yang telah banyak membantu menyiapkan kajian ini," katanya.
Sumber : Utusan malaysia

hebat! :)
BalasPadamSalam;
BalasPadamselagi ada kemahuaan di situ ada jalan..mencari ilmu ni biar sampai ke liang lahat..
UKM maaa...bangge seyh.!! ahah xD
BalasPadamusaha tangga kejayaan tu
BalasPadamusia bukan penghalang!!!tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad
BalasPadamkagum dgn inisiatif beliau yg mahu terus belajar..
BalasPadamusia cumalh angka.,uhuhu
BalasPadamusia hanya nombor..bukan alasan utk tidak berilmu..double thumbs up!
BalasPadam