Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemarkan imej institusi tersebut hanya kerana dia adalah mangsa rogol sebuah sindiket pemerdagangan manusia.
Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait berkata, pelajar itu dibuang semasa perhimpunan pada Isnin lalu.
"Pihak sekolah telah memburukkan lagi keadaan kerana memalukan mangsa di hadapan ratusan pelajar lain. Mereka sepatutnya membantu mangsa yang masih lagi trauma dengan insiden tersebut," katanya.Difahamkan, mangsa dirogol dan dikurung selama seminggu oleh kenalan dari Facebook miliknya yang juga dipercayai adalah ahli sindiket pemerdagangan manusia di negara itu. - sinarharian
kesian pulak tgk budak nie..
BalasPadamkesianya. bukan dia mtk jadi cmtu
BalasPadamksian nye.hm
BalasPadamkisah ni jadi pengajaran pada semua pompuan2 lain jangan mudah sangat nak kuar dengan jantan kenal kat fb.
BalasPadamkesiannya...adakah patut buat macam tu..
BalasPadam