
Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.
Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.
Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.
Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.
"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.
Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.
Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.
Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat percintaan antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.
Semasa monyet dan haiwan itu berkasih-kasihan, penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi
Sumber : myfuyoo.blogspot.com
wah2 :) gitu plak :)
BalasPadamhahaha,,,romantik gitu,,lala
BalasPadamwah..terbaik siot...tak pernha tgk g neh..tp btol...tak da antara 2 darjat kalau bagi kita.semua sama...semua bleyh memiliki cinta tuh...cuma ia mungkin terhalang atau tidak.
BalasPadampelik sungguh dah la lain spesis..
BalasPadamerm....
Salam;
BalasPadamcukup pelik..macam mana agaknya rupa anaknya nanti..