Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka
UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.
Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.
Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.
Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.
Menurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.
Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.
Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi.
Sumber : Kosmo online
0 Response to "Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka"
Catat Ulasan