PEMILIHAN TERBUKA:
Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.INTRO TNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB. Skim latihan yang bermatlamatkan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan bagi mendapatkan pekerjaan di pasaran kerjaya. Program latihan ini dijalankan selama 12 bulan akan dijalankan secara kuliah dan pendedahan latihan semasa kerja dalam pelbagai fungsi perniagaan TNB. SASARAN Kelayakan (IJAZAH SARJANA MUDA SAHAJA):
|
- Program latihan akan bermula bulan November 2011 dan Januari 2012
- Elaun bulanan RM1,000.00 akan diberikan sepanjang tempoh latihan.
- Makan dan penginapan tidak disediakan kecuali bagi latihan dalam kuliah.
- Cuti tahunan sehingga 12 hari setahun.
- Perlindungan insuran nyawa sepanjang tempoh latihan.
- Tuntutan perubatan pesakit luar sehingga RM360.00 setahun.
Sumber : Jobs malaysia
kira macam praktikal lah ni?...setahun?pengalaman byk r nanti :)
BalasPadamOuhh... macam yang bawah kementerian kesihatan tu ey.. habis blaja terus diserapkan dlm perkhidmatan awam.
BalasPadamgood share geng~