Bilionair maut makan daging kucing beracun
BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging kucing.
Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain ketika makan tengah hari.
Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.
Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis herba.
Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.
Huang - bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong - disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.
Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan makan itu, Huang Wen - juga rakan Long - hanya menjamah sedikit daging berkenaan kerana ia “lebih pahit” daripada sepatutnya. Ketiga-tiga mereka pernah mengunjungi restoran berkenaan sebelum ini.
Sumber : Harian metro online
salam;
BalasPadamtulah...akibat makan benda2 pelik..sian ngan kucing tu.