NIBONG TEBAL - Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan,
seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan
ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru
ini.
Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan
penghuni rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan
penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan
tersebut berpunca daripada ledakan bom.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan
Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian
letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling
"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan
mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan
segumpal mercun bola.
"Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni
rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun
tersebut," kata beliau.
Sumber : Kosmo Online
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Response to "Anjing mati terkena mercun bola"
Catat Ulasan