5 Fakta mengenai rambut beruban


Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan. Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam, dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah.

Kepekatan dan gabungan keduanya pada rambut akan menghasilkan spektrum warna pelbagai bermula dari hitam pekat hingga berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, manakala rambut yang telah kehilangan semua pigmen akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

Pertama
Rambut beruban disebabkan oleh faktor penuaan sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hidrogen peroksida dari siklus oksigen di dalam badan. Penuaan menyebabkan penghasilan enzim katalase berkurangan dan mengganggu proses perembesan melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermakna lebih cepat tua. Satu kajian terhadap 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban pada rambut tidak ada kaitan dengan peningkatan umur.

Kedua
Faktor keturunan juga dijadikan antara faktor utama berlakunya pertumbuhan uban pada rambut. Kadangkala rambut akan menjadi lebih cepat beruban jika seseorang itu lebih berusia.

Ketiga
Tekanan juga boleh menyebabkan rambut beruban akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang dalam badan.

Keempat
Kekurangan nutrein dan zat dalam badan juga boleh mempengaruhi perubahan warna rambut. Perkara ini lebih bersifat reversibel kerana ianya boleh diatasi jika mengambil jumlah nuterin dan zat yang mencukupi.

Kelima
Sering mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi lebih banyak. Ini tiada kaitan dengan kepercayaan karut dalam segelintir masyarakat yang masih mempercayainya. Sebenarnya, jika uban rambut seringkali dicabut, tunas-tunas baru yang terdapat di sekitarnya akan tumbuh untuk menggantikan uban yang dicabut sehingga menjadi banyak beberapa kali ganda daripada yang asal.

0 Response to "5 Fakta mengenai rambut beruban"

Catat Ulasan