(Fakta) Lelaki mangsa tertinggi penjenayah


Mengikut statistik lebih ramai lelaki menjadi mangsa jenayah menurut artikel yang dipetik dari laman mforum cari. Kenapa lelaki sedangkan keadaan fizikal dan kudrat mereka lebih hebat daripada wanita?

Master Saiful Hamiruzzaman, seorang Perunding Keselamatan Peribadi dan Anggota Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata :
"Perkara ini berlaku kerana lelaki sering mengambil mudah soal keselamatan diri akibat sifat ego dan anggapan mereka yang kononnya mampu mempertahankan diri. Mereka juga beranggapan bahawa mencegah jenayah hanya untuk wanita dan kanak-kanak sahaja."
"Dalam situasi bahaya seperti itu, lelaki lebih mudah membuat provokasi atau cepat melenting sedangkan wanita pula memberi reaksi sebaliknya di mana mereka lebih banyak menangis dan merayu untuk dilepaskan."
"Apa yang lebih penting adalah melakukan pencegahan awal daripada menjadi mangsa penjenayah. Selain itu, lelaki juga harus mempelajari cara-cara yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri." 
Master Saiful telah menubuhkan sebuah kelab KickStart yang menawarkan program latihan intensif bagi mengkaji, mengelak atau bertindak apabila berada dalam keadaan bahaya.

0 Response to "(Fakta) Lelaki mangsa tertinggi penjenayah"

Catat Ulasan