Hubungan cinta antara Katy Perry dan John Mayer kini sudah berakhir


Hubungan cinta antara Katy Perry dan John Mayer kini sudah berakhir.

Menurut laporan contactmusic.com, Perry mengambil keputusan untuk berpisah setelah mendapati Mayer tidak mengambil serius terhadap hubungan mereka.
“Sudah berulang kali Katy memberi peluang kepada Mayer untuk berubah. Namun sehingga kini, tiada sebarang perubahan yang dilihat daripada kekasihnya itu.
“Kini Perry tekad tidak mahu terus memberi peluang kerana dia sedar Mayer tidak akan berubah dan mengambil keputusan berpisah demi kebaikan bersama,” kata sumber. - sinarharian

0 Response to "Hubungan cinta antara Katy Perry dan John Mayer kini sudah berakhir"

Catat Ulasan