Jom buat duit dengan blog


Korang mesti pernah mendengar tentang menjana pendapatan melalui internet? Menjana pendapatan melalui internet memang boleh namun bergantung kepada teknik atau cara korang. Salah satu kaedah yang boleh diamalkan ialah dengan membuat blog. Di sini, aku akan berkongsi beberapa langkah penting untuk membina sebuah blog sebelum korang mula dapat menjana pendapatan.

Buat duit dengan blog ke-1

Daftar dengan blogger.com dan pilih template yang korang suka, lihat hasilnya. Kalau sudah siap, korang tinggalkan dulu dan pergi buat kerja lain supaya tidak bosan dan hilang semangat.

Buat duit dengan blog ke-2

Masukkan tiga tiga post pertama tidak kira, gambar, video atau cerita anda sendiri. Kalau sudah siap, korang boleh tarik nafas lega kerana telah berjaya ke tahap itu.

Buat duit dengan blog ke-3
 
Buat kerja-kerja ping post korang tadi. Ping ini bertujuan untuk memberitahu ke seluruh dunia akan kewujudan blog kita. Jangan buat blog syok kalau korang ingin buat duit dengan berblog. Formula paling mudah untuk kita ingat ialah trafik = duit. Ini adalah senarai laman ping yang korang boleh gunapakai.

  1. pingomatic.com 
  2. bulkping.com 
  3. pingler.com

Buat duit dengan blog ke-4

Submit URL post blog korang ke engin carian dan laman-laman yang mempunyai pagerank tinggi. Secara mudahnya, korang submit URL post blog korang ke laman-laman yang mempunyai ramai pengunjung. Ini adalah senarai laman yang memang ramai pengunjung.

  1. google.com.my 
  2. bing.com 
  3. yahoo.com 
  4. stumbleupon.com
  5. squidoo.com 
  6. hubpages.com

Buat duit dengan blog ke-5

Daftar dengan adsense, nuffnang dan adverlets untuk memulakan pengiklanan dalam blog korang. Paling penting, lepas dah pasang iklan dalam blog, korang mesti terus berusaha dan berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog korang. Jangan putus asa.

0 Response to "Jom buat duit dengan blog"

Catat Ulasan