Keputusan Malaysia U21 vs Thailand U21 19 Oktober 2012


Keputusan Malaysia U21 vs Thailand U21 19 Oktober 2012. Dalam perlawanan Malaysia U21 vs Thailand U21 yang baru sahaja berlangsung jam 4 petang tadi, kemenangan menjadi milik Malaysia U21 selepas menewaskan Thailand U21 dengan keputusan 1-0, hasil jaringan Syahrul Azwari pada minit ke-54. Kemenangan ini membawa Malaysia ke perlawanan akhir Kejohanan Vietnam Newspaper Cup 2012 dan bakal menentang pemenang di antara Vietnam U21 atau Sydney FC U21. Tahniah diucapkan kepada para pemain Malaysia U21 dan juga jurulatih hebat mereka, Ong Kim Swee. Pasukan Thailand U21 bukanlah lawan yang mudah dan calang-calang, namun kehebatan pemain-pemain Harimau Muda negara telah menyebabkan mereka terpaksa berputih mata dan pulang dengan kekecewaan.


KEPUTUSAN PENUH

Malaysia U21 1 – 0 Thailand U21
Gol : Syahrul Azwari 54′


0 Response to "Keputusan Malaysia U21 vs Thailand U21 19 Oktober 2012"

Catat Ulasan