Lebih baik Anne Ngasri kahwin dengan duda daripada kahwin dengan Aliff Aziz


Semalam Aliff Aziz mendedahkan rahsianya untuk menikahi Anne Ngasri pada bulan Disember ini. Bagaimanapun, hasrat beliau ini tidak kesampaian selepas Anne Ngasri telah bertunang dengan Mohd Sumali Reduan, 40, seorang duda beranak dua yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno.


Bagi aku, lelaki yang muda daripada perempuan biasanya belum berfikiran matang dan mudah berubah seperti yang berlaku di antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Tidak hairan kenapa Siti Nurhaliza memilih untuk menjadi isteri kepada Datuk K. Seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripada perempuan dan pernah berumahtangga, pandai menjaga hubungan dan tahu apa yang diperlukan oleh seorang wanita.

Dalam kenyataan Aliff Aziz semalam, beliau dikatakan amat terluka kerana pertunangan mengejut Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan awal bulan ini.
"Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.
"Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini.
 

"Luka yang terlalu mendalam ini tiada siapa yang boleh mengubatnya kecuali Allah. Saya memohon kepada-Nya supaya kesakitan yang dirasai dapat dikurangkan selain berdoa untuk kebahagiaan Anne. Dia seorang wanita yang cukup sempurna di mata saya," tuturnya.

Sebelum pertunangan Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan, hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz telah pun berakhir sejak dua bulan lalu. Kenapa baru sekarang Aliff Aziz meluahkan kekecewaannya sedangkan hubungan mereka sudah pun berakhir? Kenapa tidak menjaga hubungan cinta itu dengan baik sebelum ini?

Untuk pengetahuan korang, lelaki biasanya hanya akan mula menghargai seorang wanita itu apabila sudah kehilangannya, samada menjadi milik orang lain atau pergi dari dunia ini. Sebenarnya, apa yang dirasai oleh Aliff Aziz sekarang adalah perkara normal sebagai seorang lelaki yang belum matang dan mengikut emosi.


2 Responses to "Lebih baik Anne Ngasri kahwin dengan duda daripada kahwin dengan Aliff Aziz"

  1. dh jodoh dia nk wat cmne kan.. tapi tak faham. baru tunang kan.. apasal pgg2 plk.. hmmm...

    BalasPadam
  2. myfirdz - Entahla, remaja zaman skrg blm tunang tp dah pegang2 tangan.. lg teruk kan..

    BalasPadam