Lelaki cangkul kepala isteri dan anak sendiri | Suami cangkul kepala isteri dan anak sendiri. Polis menyiasat insiden seorang lelaki membunuh isterinya dengan mencangkul kepala mangsa di Kampung Sidorejo, Madiun, semalam.
Jurucakap berkata, Taufik Hidayat tiba-tiba menghayun cangkul berkenaan di kepala isterinya ketika mereka berada di rumah ibu bapa tiri tertuduh.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan keluarga terbabit menginap di rumah berkenaan sejak tiga hari lalu,” katanya.Jurucakap itu berkata, Taufik bukan saja memukul isterinya, Nur Sayekti, malah seorang daripada dua anaknya turut diserang dengan cangkul sama sehingga, anak Taufik, Naswa, cedera di paha dan kiri perut.
“Naswa bernasib baik kerana kecederaannya tak parah dan dibenarkan pulang dari hospital,” katanya.Sejurus kejadian itu, Taufik cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan pihak polis tidak lama kemudian. Ketika ini, menurutnya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan itu.
Sementara itu, saksi berkata, Nur Sayekti datang ke rumah itu mencari suami dan anaknya yang menginap di situ sejak tiga hari lalu. Namun, tanpa sebab yang jelas, Taufik memukul kepala isterinya dengan cangkul sebelum menyerang anaknya. Taufik pula berkata, sejak akhir-akhir ini dia sering terdengar bisikan yang mendakwa Nur Sayekti curang. - Harian Metro
buset...
BalasPadammengerikan sangat...