Fakri Saarani ikut jejak Nazmi Faiz pulang mengejut ke Malaysia - Khabar angin tentang kepulangan mengejut penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani yang beraksi dalam saingan liga Portugal ke tanah air terungkai selepas pemain itu disahkan menjadi milik pasukan Kelantan untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Penyerang Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani telah mengikat kontrak selama setahun bersama The Red Warriors semalam dan kontrak itu terbuka untuk dilanjutkan.
Khabar gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan ringkas di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Menurut Annuar, semua rundingan antara pihaknya bersama pemain berkenaan dan kelabnya, Athletico SC telah selesai dan kontrak tersebut akan bermula pada April ini.
“Semuanya telah sempurna melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Ahmad Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi. Ahmad Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini sebaik saja tamat liga di Portugal,” katanya.
0 Response to "Fakri Saarani ikut jejak Nazmi Faiz pulang mengejut ke Malaysia"
Catat Ulasan