Bukan Redzwan Najib yang kahwin tetapi saya dan Puteri - Shah Jaszle


Bukan Redzwan Najib yang kahwin tetapi saya dan Puteri - Begitulah maksud ungkapan yang cuba diutarakan oleh pelakon terkenal, Shahrizal Jaszle ketika ditemubual wartawan mStar semalam berkenaan tindakan keluarga Redzwani Puteri memutuskan pertunangan mereka sejak 10 Jun lalu.

Penjelasan ini dibuat oleh Shah Jaszle sendiri selepas kenyataan abang Redzwani Puteri iaitu Redzwan Najib yang mendakwa pihaknya sudah memutuskan pertunangan tersebut pada 10 Jun lalu dengan memulangkan semula dua bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin berlian.

Bagaimanapun, menurut Shah, pertunangan yang diputuskan itu hanyalah keputusan keluarga tunangnya dan ia bukan atas kehendak Shah dan Puteri.

"Yang bercintanya adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada pihak keluarga dan bukannya daripada kami. Apa yang saya dan Puteri hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan keluarga kembali pulih." - mStar


0 Response to "Bukan Redzwan Najib yang kahwin tetapi saya dan Puteri - Shah Jaszle"

Catat Ulasan