Gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok 22 Jun 2013 (15 Photo) PART 1
Gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok - Perhimpunan Black 505 yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur dilihat semakin meriah dengan para peserta mula berkumpul di tujuh lokasi utama iaitu Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.
Mereka akan berarak dan berjalan kaki menuju ke Padang Merbok sebagai tanda bantahan terhadap penipuan Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu. Menurut maklumat yang dikongsikan oleh laman blog omakkau, lokasi Brickfields yang kini mula dipenuhi orang ramai dipimpin oleh Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvam dan pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu, 22 Jun 2013. Memang sungguh meriah perhimpunan terbesar ini kerana dihadiri oleh orang ramai dari suku kaum yang berbeza-beza. Mereka hadir secara sukarela dan tanpa paksaan untuk menyatakan sokongan padu kepada perhimpunan Black 505.
Perhimpunan haram anjuran parti pembangkang tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbuk semalam ternyata gagal untuk menarik 500,000 orang yang disasarkan. Dilaporkan hanya lebih kurang 20,000 yang datang memberikan sokongan. Anwar mengatakan masalah jerebu menjadi alasan. Dah tak berjaya maka carilah sesuatu alasan untuk cover !
BalasPadamApa yang ditakutkan, jika mati sekalipun, bukankah MATI SYAHID seperti fatwa Husam Musa ! Nasib Husam juga kalau mati semasa demostrasi haram itu, mungkin keluarganya tak akan dakwa-dakwi. Itu cakap sekarang, tapi kalau benar-benar ada nyawa melayang, merekalah yang menuduh kerajaan zalim dan tidak bertamadun serta sanggup membunuh rakyat !
Dalam gambar-gambar ni tak nampak pun muka-muka Cina. Mengapa sebelum PRU 13 mereka ikut serta ? Ini adalah kerana mereka nakkan kerusi parlimen dan DUN. Kini mereka dah dapat, persetankan Melayu. Melayu sekali lagi diperbodohkan oleh Cina.Yang berpecah ialah Melayu, teapi Cina kekal bersatu. Siapakah yang rugi wahai bangsa Melayu ???!!!
Secara kebetulan atau memang dirancang ianya bertepatan dengan bantahan rakyat Turki terhadap parti pemerintahan pimpinan Erdogan. Namun senarionnya adalah berbeza. Erdogan yang menjadi idola kepada Anwar Ibrahim berada di pihak pemerintah yang menggunakan apa jua kekuatan polis untuk menangani rusukan tersebut. Tetapi di Malaysia, Anwar di pihak pembangkang yang mengadakan perhimpunan tidakpun diusik oleh polis, tetapi para penunjuk perasaan pula diajar bagaimana untuk memprovokasi polis agar polis mengambil tindakan. Namun kerajaan dan polis lebih bijak dalam menangani taktik licik mereka.
Sebagai perbandingan, ikutilah kupasan saya dalam, “Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak”.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html