"Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz. Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi."
Menurut Najib, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada bersama ketika Shahz bersemuka dengan Farah di sebuah restoran di Bangsar Utama dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media, dipetik dari laman beautifulnara.
Seterusnya beliau menambah bahawa sebarang usaha untuk memulihkan hubungan antara adiknya dan Shahz tidak akan terjadi dan keluarga Redzwani sepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.
Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Redzwani tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Redzwani memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz sendiri yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan akaun Twitter Redzwani.

0 Response to "Najib sahkan pertunangan Shah Jaszle dan puteri putus 10 Jun lalu"
Catat Ulasan