Bekas tunang Wan Sakinah dakwa Ashraf Muslim perampas


Bekas tunang Wan Sakinah dakwa Ashraf Muslim perampas - Belum pun reda dengan isu pernikahan senyap-senyap antara Wan Sakinah dan Ashraf Muslim, kini muncul pula bekas tunang Wan Sakinah menerusi rancangan Melodi TV3 yang mendakwa Ashraf Muslim sebagai punca pertunangan mereka putus.

Menurut bekas tunang Sakinah itu, Ashraf Muslim sudah mempunyai hubungan istimewa dengan Wan Sakinah sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Noor Dayana, bukannya sembilan bulan lalu.


Sambil menyuarakan rasa simpatinya terhadap nasib yang menimpa Dayana, bekas tunang Wan Sakinah itu turut memberitahu sebelum ini yang Ashraf menjalinkan hubungan istimewa dengan tunangnya namun tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz.

Tambahnya lagi, pertunangan dia dan Wan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Bagi admin, ada baiknya jika Ashraf Muslim tampil berterus-terang sahaja untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.


0 Response to "Bekas tunang Wan Sakinah dakwa Ashraf Muslim perampas"

Catat Ulasan