Aksi manja Kilafairy didukung lelaki kacak di ladang kelapa sawit


Aksi manja Kilafairy didukung lelaki kacak - Pada usia 21 tahun, aktres Kilafairy sudah mengecapi populariti yang mengagumkan dek kerana kontroversi yang sering melanda pelakon itu. Kontroversi paling membuat peminat mengingatinya ialah penyebaran sebuah video klip yang memaparkan aksi Kilafairy tidak memakai seluar, hanya baju.

Isu ini terus diperkatakan di blog-blog hiburan walaupun ianya sudah beberapa minggu berlalu. Mungkinkah dengan adanya kontroversi akan dapat membantu seseorang artis itu untuk mendapat lebih banyak tawaran berlakon? Itu admin kurang pasti namun yang pastinya populariti Kilafairy kini semakin memuncak dan semakin dikenali ramai.

Terbaru, pelakon drama bersiri Saiful Nita itu telah memuatnaik sekeping gambar yang amat melucukan peminat. Nak tengok gambar itu, korang kena skrol kat bawah. Dalam gambar berkenaan, Kilafairy secara tidak sengaja telah meminta dukung dari seorang lelaki kacak di sebuah ladang kelapa sawit.


Tindakan spotan artis yang digelar Angelina Jolie itu hadir selepas terlalu takut digigit pacat. Rata-rata peminat Kilfairy ketawa terbahak-bahak kerana mereka tahu pacat memang tiada di ladang kelapa sawit yang lapang. Biasanya, pacat hanya hidup di tempat yang agak teduh, lembap dan berair.

Apapun, jangan risau dan tak perlu kecoh sebab lelaki yang mendukungnya itu ialah ayah Kilafairy sendiri dan tujuan mereka datang ke ladang kelapa sawit itu ialah untuk bersiar-siar dan menenangkan fikiran.




1 Response to "Aksi manja Kilafairy didukung lelaki kacak di ladang kelapa sawit"

  1. comeynyew..kilafairy...mcm angelina jolie lah....cayanksss killa...muah sayankxx333....

    BalasPadam