Peminat merajuk tidak dipedulikan Lana Nordin di Instagram


Peminat merajuk tidak dipedulikan Lana Nordin - Hanya beberapa jam lepas, pelakon Lana Nordin telah memuatnaik dua keping gambar santai dirinya khas untuk tatapan peminat di laman Instagram.

Ekoran itu, ramai peminatnya mula meninggalkan komen-komen mereka yang berbentuk pujian dek kecantikan dan sikap sporting Lana kerana tidak sombong melayan peminat.

Bagaimanapun, disebabkan aktres seksi itu lambat membalas komen-komen rakan peminat lain, salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Hairul mula merajuk dan meminta agar Lana segera tampil membalas komen-komen pujian rakan peminat lain.

Berikut ialah bunyi komen yang ditinggalkan oleh Hairul kepada Lana :-

"kak...klu free2 tu reply la orng komen..sume mengharap tu....bende leh cite lgi"

Di bawah ini pula ialah dua keping gambar terkini Lana Nordin yang baru sahaja dimuatnaik beberapa jam lepas.






0 Response to "Peminat merajuk tidak dipedulikan Lana Nordin di Instagram"

Catat Ulasan