Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dibunuh
Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dibunuh - Kes pembunuhan kejam Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim pada 26 April lalu kembali diperkatakan minggu ini selepas anaknya, Mohd Akhtar Shaharuddin membuat pendedahan tentang punca pembunuhan itu kepada The Malaysian Insider.
Menurut Mohd Akhtar yang juga seorang arkitek berusia 30 tahun, pembunuhan kejam bapanya ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi dan dipercayai dilakukan dari jabatan Kastam sendiri.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi. “Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya.”
“Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi."
“Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya.”
Untuk pengetahuan, Allahyarham Datuk Saharuddin Ibrahim telah ditembak mati di Putrajaya pada 26 April lalu ketika beliau sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Kejadian itu berlaku beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol mula berleluasa di seluruh negara.
0 Response to "Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dibunuh"
Catat Ulasan