Malaysia juara Pestabola Merdeka 2013
Malaysia juara Pestabola Merdeka 2013 - Tahniah kepada Malaysia yang diwakili Harimau Muda A selepas menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka 2013 edisi ke-41 dengan menewaskan Myanmar, 2-0, hasil jaringan Rozaimi Rahman pada minit ke-28 dan Putera Nadher Amarhan minit ke-94.
Lebih membanggakan, pemain terbaik perlawanan malam ini turut menjadi milik Malaysia iaitu Wan Zack Haikal, begitu juga dengan penjaring terbanyak milik Rozaimi Rahman. Kejayaan ini merupakan hadiah terbaik Malaysia yang bakal menyambut Hari Malaysia pada Isnin ini, 16 September 2013.
0 Response to "Malaysia juara Pestabola Merdeka 2013"
Catat Ulasan