Dakwaan itu disiarkan dalam Majalah BiPOp Ahad lalu dan kini menimbulkan tanda tanya dan kejutan di kalangan peminat. Dalam tulisan Zubir itu, beliau memberitahu mendengar khabar angin tentang mereka berdua ketika mula berkenalan di set penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriaty.
Menurut sumber Zubir, Aeril didakwa mengaku hanya teman rapat Wawa Zainal ketika mendekati Ummi dan bukannya sebagai suami sedangkan pada masa itu beliau sudah bernikah Wawa Zainal sebanyak dua kali.
Tambah Zubir, hubungan mereka dikatakan rapat sejak Ummi masih melanjutkan pengajian di Australia. Mereka sering berhubung melalui media sosial malah Ummi juga menukar imej kepada pemakaian muslimah kerana mengahwini Aeril dan menyesuaikan diri dengan imej pelakon tersebut.
Zubir turut mempersoalkan sikap Aeril yang masih menjalin hubungan intim dengan wanita lain walaupun sudah memperisterikan Wawa. Lagi menarik, Ummi dikatakan turut merasa kecewa apabila mengetahui Wawa Zainal ialah isteri Aeril.
Bagaimanapun, dua hari lepas Ummi melalui Twitternya menafikan pernah berkahwin dengan Aeril dan menyatakan yang dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon kacak itu.
0 Response to "Kontroversi perkahwinan Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel"
Catat Ulasan