Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Selangor & Perak


Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Selangor & Perak - Jabatan Meteorologi Malaysia baru sahaja mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang bakal melanda tiga negeri iaitu Sabah, Selangor dan Perak.

Memetik kenyataan amaran MMD di laman Facebook mereka sekitar 4.34 awal pagi tadi, 29 Disember 2013, berikut ialah kenyataan penuh amaran ribut petir dan hujan lebat yang telah dikeluarkan.

"Ribut petir dan hujan lebat di negeri Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak), Selangor (Daerah Klang dan Kuala Langat) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Ahad 29 Disember 2013."

"Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam dan Sepang) dan Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Beluran)."

"Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang."



0 Response to "Amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Selangor & Perak"

Catat Ulasan