Erma Fatima bayar saman Rabecca dengan wang kertas RM1


Erma Fatima bayar saman Rabecca dengan wang kertas RM1 - Meskipun pelakon dan pengarah, Erma Fatima sudah melunaskan hutang saman Rabecca dengan menghantar dua kotak besar bungkusan syiling 5 sen ke pejabat peguamnya, namun cara pembayaran itu tidak diterima oleh Rabecca kerana didakwa beliau menyalahi undang-undang.

Mengakui memang tahu pembayaran saman menggunaka duit syiling tidak boleh melebihi RM20, Erma Fatima menukar pula strategi pembayaran dengan menggunakan duit kertas RM1. Dia kini sudah meminta bank menyediakan RM1 sebanyak 11,200 keping yang dianggarkan memakan masa tiga hingga empat hari.

Macam-macam pula perangai Erma. Beliau yang diminta mengulas mengenai tindakan kebudak-budakan itu memberitahu tidak kisah bersusah payah menukar wang di bank. Ia dilakukan demi membayar kesusahan yang diberikan Rebecca dalam hidupnya apabila membawa kes itu ke mahkamah.

Dia juga berharap dengan pembayaran itu akan membolehkan kes mereka berdua akan selesai dengan cara baik

"Jika Rebecca menerima bayaran RM1 nanti, harap tidak terus melenting, sebaliknya beralah dengan membawanya ke bank supaya dapat menggunakan wang kemenangannya. Tidak kisahlah dibayar dengan nota RM1 kerana nilainya tetap sama. Beralah bukan bererti kalah."


0 Response to "Erma Fatima bayar saman Rabecca dengan wang kertas RM1"

Catat Ulasan