Isi kandungan sidang media Adi Putra kes skandal isteri orang


Isi kandungan sidang media Adi Putra kes skandal isteri - Setelah lama berdiam diri daripada memberikan apa-apa kenyataan rasmi berhubung kes skandal dengan isteri seorang ahli perniagaan, pelakon Adi Putra akhirnya telah mengadakan sidang media sebentar tadi.

Menurut Adi, kes yang membelenggu dirinya sejak September lalu dianggap sudah selesai apabila hasil siasatan polis mengesahkan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil ke atas dirinya dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai no further action (NFA).

Berikut ialah isi kandungan penjelasan Adi Putra dalam sidang media sebentar tadi.

"Dengan ini saya menegaskan bahawa aduan yang dikaitkan dengan diri saya ini telah selesai dan janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkannya lagi dan mengaitkan dengan diri saya lagi."

"Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah dan reputasi saya adalah adalaah salah di sisi undang-undang dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya dan menjatuhkan nama baik saya."

Sebagai informasi korang, peguam Adi telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Di Raja Malaysia sejak 2 Disember lalu berhubung hasil siasatan penyebaran gambar lucah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ianya susulan kepada satu laporan polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh suami wanita skandal Adi yang dikenali sebagai Nooraida Binti Abdul Talib.


0 Response to "Isi kandungan sidang media Adi Putra kes skandal isteri orang"

Catat Ulasan