Nora Danish mengamuk difitnah hanya berbikini di Thailand

Nora Danish mengamuk difitnah hanya berbikini di Thailand - Dunia artis memang payah dan menyakitkan hati. Ada sahaja individu yang berniat jahat menabur fitnah sehingga mencemarkan nama baik seseorang selebriti itu.

Inilah dilema yang turut dialami oleh pelakon comel, Nora Danish. Baru-baru ini, beliau bersama kekasihnya, Nadeem Nazri Azizi, dan geng Dimorian Crew telah pergi bercuti di Thailand. Kesemua mereka dilihat memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem. Memang cool dan stylo, tak gitu?

Seperti biasa, Nora Danish tidak terlepas untuk berkongsi gambar-gambar percutian mereka di laman Instagram miliknya. Daripada kesemua gambar yang dikongsikan itu, ada satu gambar yang memperlihatkan aksi rakan krunya hanya berbikini ketika bersantai di pantai.




Susulan itu, segelintir peminat mula mengandaikan Nora Danish juga turut sama berbikini bersama rakan meskipun tiada gambar yang boleh membuktinya. Tuduhan yang dibuat menyebabkan bekas juri Maharaja Lawak Mega 2013 itu mengamuk dan mengarahkan peminat berkenaan tidur.

0 Response to "Nora Danish mengamuk difitnah hanya berbikini di Thailand"

Catat Ulasan