Izreen Azmida berang Johan As'ari tinggalkan Lana Nordin


Izreen Azmida berang Johan As'ari tinggalkan Lana Nordin - Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Johan As'ari pada tahun 2011 sebelum putus beberapa minggu kemudian, pelakon Izreen Azmida melahirkan perasaan terkejutnya dengan perpisahan Johan dan Lana Nordin minggu lalu.

Menurut Izreen, sikap Johan yang sesuka hati melafazkan cinta kepada seseorang wanita tanpa memahami diri sendiri terlebih dahulu menyebabkan sesebuah hubungan yang dibina tidak mampu bertahan lama.

"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta."

"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya."

Selain itu, Izreen turut menasihati Johan agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di media yang melibatkan maruah orang lain. Wanita itu juga berharap perpisahan mereka dijadikan pengajaran aktor filem Juvana itu.

"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius."

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing."


0 Response to "Izreen Azmida berang Johan As'ari tinggalkan Lana Nordin"

Catat Ulasan