Stacy nafi sedia masuk Islam dan kahwini Akim


Stacy nafi sedia masuk Islam dan kahwini Akim - Minggu lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang mendakwa penyanyi Kpop terkenal tempatan, Stacy bakal menukar agama kepada Islam dan berkahwin dengan Akim.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Stacy sendiri ketika dihubungi Harian Metro hari ini. Katanya, dia memang kagum dengan agama Islam dan kebanyakkan peminatnya ramai dalam kalangan masyarakat Melayu namun beliau masih belum bersedia untuk menukar agama dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, jujur saya katakan daripada lubuk hati ini sangat kagum dengan agama Islam. Ditambah lagi, peminat saya pun ramai dalam kalangan masyarakat Melayu dan beragama Islam.”

Ditanya tentang perkembangan hubungannya dengan Akim buat masa ini, penyanyi itu mengakui mereka masih rapat seperti dulu, cuma masing-masing sibuk dengan komitmen pada karier.

“Kami masih rapat lagi, cuma masing-masing sibuk dengan komitmen pada karier. Apapun, sehingga kini saya selesa dengan hubungan kami. Namun, sejauh mana hubungan ini dan soal jodoh biarlah Tuhan tentukan."

“Saya juga sebenarnya tidak mahu terlalu terbuka berbicara mengenai hubungan kami kerana enggan mengguris hati sesiapa. Apatah lagi, apabila ia turut membabitkan perbezaan agama di antara kami."


0 Response to "Stacy nafi sedia masuk Islam dan kahwini Akim"

Catat Ulasan