Liyana Jasmay dikecam perli Zizan Razak lemah bahasa Inggeris


Liyana Jasmay dikecam perli Zizan Razak lemah bahasa Inggeris - Kesilapan pelakon dan pelawak Zizan Razak ketika menyebut perkataan bahasa Inggeris di majlis pra-tonton filem Tokan di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, menyebabkan Liyana Jasmay mentertawakannya.

Tindakan pelakon Liyana itu dianggap beberapa rakan artis sebagai cuba memperlekehkan kelemahan Zizan dalam bahasa Inggeris kerana turut dilakukan di khalayak ramai ketika sidang akhbar sedang berlangsung.

Apapun, Zizan segera bertindak profesional dengan membuat lawak supaya keadaan tidak menjadi tegang dan kembali terkawal. 

Mungkin pelakon berbadan dua itu cuma bergurau memandangkan Zizan terkenal dengan sikap bersahaja dan sering bergurau dengan artis lain.


0 Response to "Liyana Jasmay dikecam perli Zizan Razak lemah bahasa Inggeris"

Catat Ulasan