Najwa Latif nafi tweet diraba peserta Himpunan Turun 2013


Najwa Latif nafi tweet diraba peserta Himpunan Turun 2013 - Pada malam 31 Disember lalu, seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Najwa Latif telah memuatnaik status mendakwa beberapa wanita diraba lelaki ketika menghadiri sambutan Ambang Tahun Baru 2014.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kosong itu menafikan status berkenaan adalah miliknya. Dia hanya menyedari perkara itu pada lewat malam kelmarin selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer."

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu.”


Selain itu, Najwa Latif turut menafikan terlibat secara langsung dengan sebarang aktiviti lain selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu."

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik.”


Ditanya samada beliau akan membuat laporan polis berhubung pemalsuan status tweet yang menjejaskan reputasinya, Najwa tidak bercadang berbuat demikian kerana sudah memaafkan pelaku tersebut.

"Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan."

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu.”


0 Response to "Najwa Latif nafi tweet diraba peserta Himpunan Turun 2013"

Catat Ulasan