Nas Adila kecewa cinta ditolak Datuk Jamal Abdillah?


Nas Adila kecewa cinta ditolak Datuk Jamal Abdillah - Gosip percintaan Nas Adila dan Datuk Jamal Abdillah pernah hangat diperkatakan beberapa bulan lalu namun senyap semula selepas dakwaan itu dinafikan kedua-dua belah pihak.

Nas Adila yang dihubungi Sinar Harian semalam memberitahu agak kecewa dengan kontroversi yang timbul sehingga memaksanya berdiam diri seketika.

“Inilah kali pertama kami jumpa selepas timbulnya kontroversi itu. Di sebabkan saya meminati bakatnya dalam bidang nyanyian, jadi saya terima tawaran ini."

“Sebelum ini kami sudah tiga kali bekerjasama, jadi untuk persembahan kali ini memang tidak ada masalah.”

Admin ingatkan bekas pelajar Akademi Fantasi musim ketujuh itu kecewa kerana cinta murninya ditolak oleh lagenda pop rock tempatan, Jamal Abdillah, rupanya dia kecewa sebab digosipkan bercinta dengan Jamal.

Tambah Nas Adila, meskipun kecewa dengan penyebaran gosip itu namun dia tidak akan menoleh ke belakang lagi dan mahu fokus kepada kerjaya nyanyiannya.

“Memang perasaan sedih itu ada sebab sebagai seorang wanita, bila timbul gosip seperti itu menampakkan saya seolah-olah melebih-lebih."

“Tapi saya hanya berfikir positif dan ketika itu mengambil keputusan untuk berdiam diri dan penglibatan saya dalam persembahan ini juga adalah atas dasar profesional."

“Jika perkara ini ditimbulkan lagi selepas, ini saya memang sudah bersedia untuk menghadapinya dan saya tidak kisah dengan semua itu lagi.”

Lagi beberapa keping gambar santai Nas Adila dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka kelihat sepadan walaupun perbezaan usia yang jauh iaitu 27 tahun.





0 Response to "Nas Adila kecewa cinta ditolak Datuk Jamal Abdillah?"

Catat Ulasan