Hanez Suraya : Dia (Nurliyana) nak mohon maaf atau tidak, terpulanglah


Hanez Suraya tidak kisah jika Liyana gagal mohon maaf - Pelakon jelita Hanez Suraya memberitahu tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Nurliyana Abdul Manan meskipun wanita itu gagal memohon maaf terhadapnya.

Menurut Hanez, dia sudah malas untuk memanjangkan perkara itu, sebaliknya lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Hanez yang ditemui pada sidang akhbar teater Projek Kahwin hari ini berkata, dalam keadaan sekarang masyarakat lebih senang menyalahkan dia.

Tambah Haniz lagi, dia juga tidak mahu menggunakan media sebagai orang tengah dan menyifatkan tindakan itu tidak lebih seperti membuka aib sendiri.

"Dia (Nurliyana) nak mohon maaf atau tidak, terpulanglah. Saya sudah tidak kisah kerana ketika ini apa sahaja yang saya cakap semuanya tampak negatif di mata masyarakat."

"Saya juga tidak mahu menggunakan pihak media sebagai orang tengah untuk menyelesaikan kemelut ini. Adalah lebih baik kalau kami bertemu sahaja."

Terdahulu, Liyana Manan mendakwa Hanez Suraya merampas suaminya, Romie Razin Adilha menerusi satu temubual dengan sebuah akhbar pada Ahad lalu.

Susulan daripada itu, Hanez dan Romie mengadakan sidang akhbar khas semalam, untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.

Sumber : Utusan Malaysia

0 Response to "Hanez Suraya : Dia (Nurliyana) nak mohon maaf atau tidak, terpulanglah"

Catat Ulasan