Malah, Hanez memberi amaran kepada wanita itu agar meminta maaf untuk membersihkan namanya yang tercalar jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.
Ditanya tentang hukum karma yang mungkin akan dialaminya, bekas kekasih Awi Rafael itu mengaku tidak takut kerana percaya dirinya berada di pihak benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu.
"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar."
"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu."
Nampaknya, Hanez Suraya tetap tidak mahu mengalah. Meskipun sebelum ini beliau pernah mengatakan akan mengundur diri jika tahu kekasihnya masih suami orang, namun ia sekadar cakap kosong sahaja bagi menyembunyikan status sebenar Romie.
Sama-samalah kita saksikan.
BalasPadamKajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!