Bercakap kepada GUA di majlis pelancaran Magnum Cafe, Kuala Lumpur baru baru ini Erin Malek turut berkata yang beliau tidak kisah untuk bergelar ibu pada usia muda dan akan menerima sebarang kurniaan cahayamata dalam masa terdekat dengan hati terbuka.
“Setakat ini, belum lagi ada tanda-tanda kehamilan. Memang ada ramai yang bertanya, walau pun usia berkahwinan Erin dan suami baru masuk dua bulan. Kalau boleh, suami memang mahukan anak seawal yang mungkin. Cuma, kami anggap belum ada rezeki lagi,” ujarnya.
Erin Malek juga menambah yang beliau tidak mahu terburu buru dalam soal anak kerana mereka berdua kini masih dalam fasa berbulan madu dan akan terbang ke London pula pada penghujung Disember ini untuk percutian mereka berdua.
“Suami seorang yang memang suka berjalan, dan itu adalah hobinya yang dikongsi sama dengan saya. Jadi kami tak kisah berbelanja untuk tujuan itu,” tambahnya.
0 Response to "6 Foto terkini Erin Malek tak kisah hamil di usia muda"
Catat Ulasan