Bertabahlah Ebby Yus! Apa yang berlaku ada hikmahnya...sebak kami rasa tengok keadaan terbarunya yang amat menyedihkan

“Sejak kebelakangan ini saya mudah berasa pening. Mungkin disebabkan rehat tidak mencukupi kerana jadual lakonan yang padat,” kata pelakon komedi popular, Ebby Yus, 48, yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), sejak Ahad lalu akibat tekanan darah tinggi.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan selepas mengalami pening kepala sejak minggu lalu. 

“Oleh kerana tidak sedap hati, saya meminta seorang rakan menghantar ke hospital Ahad lalu untuk pemeriksaan lanjut. Selepas pemeriksaan, doktor terpaksa menahan saya kerana tekanan darah agak tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Pelawak yang terkenal menerusi sitkom Karoot Komedia X itu berkata, dia hanya dibenarkan pulang ke rumah selepas tekanan darahnya stabil semula.

“Doktor akan lakukan pemeriksaan lanjut esok (hari ini). Setakat hari ini (semalam) saya mudah pening apabila berdiri dan berjalan.

“Memang tiada apa yang serius cuma saya risau untuk pulang jika apa-apa berlaku di rumah. Kita tengok macam mana jika keadaan saya sudah stabil, mungkin saya akan dibenarkan pulang.”
katanya yang pernah menjalani pembedahan jantung pada 1999.

Sumber: Lamansyok

0 Response to "Bertabahlah Ebby Yus! Apa yang berlaku ada hikmahnya...sebak kami rasa tengok keadaan terbarunya yang amat menyedihkan"

Catat Ulasan