PATUTLAH! Isu hamil anak sulung, Siti Nurhaliza akhirnya buat pengakuan paling jujur

Belum ada rezeki nampaknya untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K untuk menimang cahaya mata sendiri. Selepas desas-desus kehamilannya bertiup kencang baru-baru ini, penyanyi nombor 1 Malaysia ini telah tampil untuk menafikan perkhabaran tersebut.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama desas-desus kehamilan Siti Nurhaliza bertebaran.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Siti Nurhaliza sejurus selepas persembahan pembukaan sempena Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Istana Budaya. Kata beliau:-

Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu


Selaku salah seorang peminat Siti Nurhaliza, berita kehamilan beliau sememangnya dinanti-nantikan.

Mahu juga berkongsi kegembiraan sekiranya memang benar ada kehadiran orang ketiga dalam hidup Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Insya Allah satu hari nanti pasti akan tercapai impian itu. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Beautifulnara


0 Response to "PATUTLAH! Isu hamil anak sulung, Siti Nurhaliza akhirnya buat pengakuan paling jujur"

Catat Ulasan