PANAZZZ!! Inilah keputusan muktamad Abdul Mutalib setelah dijemput bekas isterinya hadir di Majlis Perkahwinan Yatt Hamzah yang betul-betul mengejutkan...siapa menyangka sampai begitu sekali tindakan Abdul

Bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib memberitahu dia sudah mengetahui berita bekas isterinya itu bakal berkahwin selepas diberitahu sendiri oleh Yatt. Mutalib memberitahu dia mengetahui perkara berkenaan selepas berjumpa dengan Yatt.

“Saya kata nak bincang tentang majlis sambutan hari lahir Nia yang jatuh pada 28 Februari ini. Saya pergi jumpa Yatt di butik dia di Melawati. Memang saya tidak jangka dia akan beri kad undangan perkahwinannya pada saya masa itu,” katanya.


Berikut perbualan Mutalib bersama media:-

Memang betullah Talib baru tahu cerita ni? Bagaimana dengan keluarga Talib?

Ya, bila dapat kad undangan itu barulah saya tahu yang dia benar-benar akan berkahwin lain dengan lelaki pilihannya itu pada 27 Februari ini. Keluarga pun baru tahu hal itu selepas saya cerita.

Adakah Talib sedih dengan perkhabaran yang bekas isteri akan kahwin lain?

Jujurnya, saya gembira dengan berita pernikahan Yatt ini. Sekurang-kurangnya dia sudah ada pengganti dan ada orang boleh jaga dia.

Takkan tak ada sedikitpun rasa sedih. Dia pernah hidup bersama Talib sebelum ini?

Ya Allah, benar. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini. Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai. Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja. Sebaik sahaja Yatt sah ada suami lain, saya akan menjadi penjaga sepenuhnya terhadap Nia.

Bolehkah dapat? Bukankah selalunya hak penjagaan pada ibu?
Sebenarnya sewaktu bercerai dulu, kami ada buat perjanjian kerana ketika itu saya tidak tuntut apa-apa, biarpun perniagaan Suci By Yatt Hamzah adalah perniagaan bersama. Antara syaratnya ialah hak penjagaan anak akan menjadi milik saya sebaik sahaja Yatt berkahwin lain. Saya harap syarat itu akan dipatuhi. Lagipun selama ini kami tidak ada masalah dalam penjagaan Nia.

Akan hadir ke majlis perkahwinan Yatt? Sebab pada hari yang sama juga dia adakan majlis sambutan hari lahir Nia?

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya tidak akan hadir majlis perkahwinannya walaupun diundang. Tak tahulah pula kalau dalam dua tiga hari ini, saya berubah fikiran. Kalau dia nak buat majlis untuk Nia pada hari itu, kami kena bincang lagi kerana pada tarikh itu, anak sepatutnya bersama saya.

Talib sendiri sudah ada pengganti?

Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk cari orang baharu kerana nak cari pengganti dalam keadaan saya ini bukan mudah. Saya kena fikir masak-masak sebab wanita yang bakal menjadi isteri saya perlu terima anak saya juga. Kalau ada wanita yang sanggup terima saya dan anak, mungkin saya akan fikirkan.

Dengan berita terbaru kini, adakah ini membuktikan jurufoto itu sebagai orang ketiga yang menyebabkan kalian bercerai dulu?

Kisah antara kami sudah habis pun, biarlah berkubur terus. Bagi saya, siapa yang tahu, tahulah. Tak payahlah nak ungkit cerita lama. Maaflah saya tidak akan bercerita lanjut.

Maknanya Talib mengenali bakal suami Yatt itu?

Memang saya kenal, sebab dia sering menjadi jurufoto untuk Suci by Yatt Hamzah dan di waktu yang sama model untuk produk butik kami juga.

Luahan hati Abdul Mutalib

Berikut adalah kenyataan yang dihantar oleh Abdul Mutalib kepada pihak media pada 18 Februari lalu.

Assalamualaikum sahabat media

Merujuk kepada beberapa kenyataan bekas isteri saya, Puan Haryati Hamzah (Yatt Hamzah), berhubung berita pernikahan dia pada 27 Februari 2016, di sini saya terpanggil untuk membuat kenyataan.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dengan pernikahan Yatt Hamzah dan menerima berita pernikahan Yatt dengan hati yang terbuka serta berdoa segala yang dirancang oleh Yatt berjalan dengan lancar dan jodoh baharunya ini berkekalan.

Saya juga berharap beliau menghormati, jujur dan taat pada suami baharunya setelah bernikah nanti dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Berkenaan bakal suaminya yang didakwa sebagai orang ketiga di dalam khabar angin penceraian kami sebelum ini, saya sama sekali tidak menafikannya. Walau bagaimanapun saya telah lama memaafkan mereka dan mendoakan yang baik-baik untuk mereka.


0 Response to "PANAZZZ!! Inilah keputusan muktamad Abdul Mutalib setelah dijemput bekas isterinya hadir di Majlis Perkahwinan Yatt Hamzah yang betul-betul mengejutkan...siapa menyangka sampai begitu sekali tindakan Abdul"

Catat Ulasan