Malah dia juga sering diumpat dengan kata-kata yang menyakitkan hati seperti sudah tidak siuman akibat kemalangan tersebut, termasuk sering lupa mengingati lirik lagu hingga mencacatkan persembahannya.
Bagaimanapun, Zaiton tidak pernah terasa hati dengan semua fitnah dan kata-kata keji itu. Baginya, hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenaran disebalik semua tuduhan tersebut. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
"Saya agak terharu dan terkejut setiap kali mendapat tawaran membuat persembahan. Tidak sangka masih ada segelintir pihak yang mengingati saya walaupun wujud kata-kata sumbang mendakwa, saya sudah tidak boleh bernyanyi.
"Malah, ada juga mengatakan saya ini gila. Tuhan sahaja yang tahu kebenaran di sebalik kata-kata sebegitu.
"Sudah pastilah saya sedih dan terkilan apabila dituduh gila. Tetapi kita tidak boleh menutup mulut orang. Walaupun saya tahu siapa yang berkata demikian, tetapi biarlah. Saya sudah maafkan mereka dan tidak akan mengambil sebarang tindakan," ujar Zaiton dipetik sebagai berkata.

Terkini, Zaiton akhirnya tampil dengan album baharu bagi membuktikan bahawa dia masih mampu meneruskan lagendanya satu ketika dahulu. Untuk info, album yang berjudul 'Terimalah Aku' itu diterbitkan oleh Money Entertainment Sdn. Bhd dan ia sudah pun selesai menjalani proses rakaman.
"Terdapat sembilan buah lagu dalam album tersebut. Bagaimanapun belum ada tarikh yang tetap untuk album berkenaan dilancarkan. Antara komposer yang terlibat menerbitkan album berkenaan termasuklah Syah Wahid dan Hairy Khalifah. Anak angkat saya, Ikah Ismail turut menyumbang sebuah lagu bertajuk Setia Bersama.
"Saya sedar, dengan umur sebegini, agak sukar untuk saya memenuhi kehendak pendengar sekarang. Biarpun, komposer untuk album ini terdiri daripada generasi baharu, namun saya masih mengekalkan genre balada 1990-an supaya peminat dapat mengingat kembali kehadiran Zaiton Sameon," tambahnya yang mula memakai hijab pada ulang tahun kelahirannya yang ke-59 pada 2 Julai 2015.
"Saya rasa dengan faktor usia sudah tiba masanya untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Tambahan pula, saya sudah puas mewarnakan rambut dengan warna merah atau kuning, jadi kini saya ingin menutupnya," jelasnya.
Sumber: myartis

Wajah Terkini Zaiton
Imbasan kemalangan yang melibatkan Zaiton pada 1990
0 Response to "Masih ingat penyanyi Zaiton Sameon yang pernah dituduh gila setelah terlibat kemalangan mengerikan pada tahun 1990, tak sangka beginilah 2 foto keadaan dan wajah terkini di tahun 2016"
Catat Ulasan