Siapa sangka di sebalik kegembiraan pelakon dan pengacara popular Neelofa yang baru-baru ni dirisik pendakwah PU Riz, rupanya ada yang sedang kuatkan diri untuk terima apa yang terjadi.
Sejak berita gembira itu tersebar, tiba-tiba saja nama bekas kekasih pendakwah itu, Amal Syahmina pula trending di laman sosial.
Ramai pengguna Twitter dan Instagram yang turut meninggalkan komen mendoakan semoga Amal terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup.
Seorang pengguna Instagram, @nellysa.co berharap Amal kuat dan tabah melalui ujian hidup.
"Perasaan dia, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Kepada yang pernah lalui perkara sama juga mesti tahu macam mana rasa perasaan dan kekecewaan ini."
"Kepada Amal, semoga awak kuat. Allah mahu memberikan yang lebih baik. Tak salah kalau rasa kecewa. Menangislah sehingga puas. Saya doakan Amal bahagia hingga jannah." - Katanya di ruangan komen foto di akaun Instagram Amal.
Seorang lagi komen, @anies_zakiah berkata, dia berharap semoga Amal dipertemukan dengan lelaki yang jauh lebih baik.
"Amal kuat. Saya doakan semoga Amal dipertemukan Tuhan jodoh yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya,” katanya.
Seorang pengguna, @noraeverdeen berkata, dia percaya personaliti yang dimiliki Amal akan menemui kebahagiaan satu hari nanti.
"Saya doakan Amal bertemu lelaki yang jauh lebih baik daripada sebelum ini. Jangan risau, awak baik, cantik, pandai. Percayalah janji Allah itu pasti. Takpe bersedih, kita manusia,” katanya.
Sejak beberapa hari lepas, nama Amal turut menjadi trending di Twitter dengan lebih 17,000 tweet daripada pengguna Twitter.
Pada September lalu, Amal pernah mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas adanya kehadiran orang ketiga melalui satu kenyataannya di Instagram.
"Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia adalah kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya. Meletakkan saya sebagai satu pilihan adalah satu hal yang tidak wajar. Apapun dia berhak memilih apa yang dia mahu lakukan dan saya hormat keputusan dia serta cuba menerimanya."
"Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah. Ada hikmah masa akan datang. Saya tidak pernah menyesal mengenalinya. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini." - Kata Amal menerusi Instagramnya.
"Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Seboleh-bolehnya saya tak mahu tambah kebimbangan mengenai hal itu. Saya pilih untuk kunci diri daripada benda-benda tak patut dan tak ada apa yang boleh saya komen." - Kata Neelofa.

Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.
Bekas kekasih PU Riz itu tampil memuat naik kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman selepas tindakannya mempertikaikan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.
Tidak semena-mena pula nama Neelofa yang dikaitkan oleh netizen walaupun status yang ditulis gadis berkenaan tidak pun ada menyebut nama sesiapa.
Neelofa pula enggan mengambil tahu mengenai dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga berkaitan isu yang tular membabitkan PU Riz dengan seorang wanita.
Tidak semena-mena pula nama Neelofa yang dikaitkan oleh netizen walaupun status yang ditulis gadis berkenaan tidak pun ada menyebut nama sesiapa.
Neelofa pula enggan mengambil tahu mengenai dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga berkaitan isu yang tular membabitkan PU Riz dengan seorang wanita.
"Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Seboleh-bolehnya saya tak mahu tambah kebimbangan mengenai hal itu. Saya pilih untuk kunci diri daripada benda-benda tak patut dan tak ada apa yang boleh saya komen." - Kata Neelofa.
Apa yang terjadi dalam hidup semuanya telah tertulis dan kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan usaha. Kepada Amal, semoga yang terbaik menanti awak.
Sumber: Ohmedia
0 Response to "5 Foto Amal Syahmina Bekas Kekasih PU Riz Yang Cun Melecun"
Catat Ulasan